Sunday 31 May 2020

TAHUN 2020


Assalamualaikum semua

5 tahun menyepi dari blog ini. Bersyukur kerana berkesempatan hidup dalam tahun 2020 ini. Pelbagai peristiwa berlaku. Peristiwa dunia, negara, keluarga, masyarakat dan diri ini.

Banyak juga ruang dan peluang untuk muhasabah diri. 

Pada ruang dan peluang ini, sekadar ingin mencoretkan tanda, Allah telah mengurniakan COVID-19 kepada alam dunia ini. Suasana dunia lockdown, suasana dan keadaan negara yang berubah. Ramai orang terkesan.

Apa yang sedang berlaku ini telah memberikan kesan juga kepada ruang perkhidmatan Speech Therapy di serata Malaysia malah di serata dunia.

Moga Allah keluarkan kita semua dari wabak ini.
Allahumma Ameen

Lots of Luv,
MamaMaryam


Saturday 25 July 2015

Feeding Disorders: Part 1

"Anak saya berumur lima tahun, dia hanya minum susu sahaja, 2jam sekali... lain semua dia tak nak"

"Anak saya makan keropok dengan kerepek je, dia tak suka nasi, mee, bihun. Pagi keropok, tengahari keropok, malam keropok.."

" Anak saya makan nasi dengan ayam atau telur je, sayur punyalah susah nak makan, buah dia makan pisang je"

Pembentukan tabiat pemakanan yang baik bermula dari rumah, serupa dengan pendidikan akhlak.. Ibubapa merupakan contoh yang terdekat... Jika ayah/ibu tidak makan sayur, bagaimana anak hendak mendapat contoh yang baik makan sayur?

Pada permulaan, mungkin anak tidak suka, tetapi bila dipupuk secara positif, tanpa rasa jemu..lama-kelamaan dia akan berubah.

Sebagai ibubapa yang prihatin, ubahlah kebiasaan kita yang tidak berapa nak positif demi pendidikan anak kita.

Lots of luv,
 Mama Maryam 

Sunday 24 May 2015

Bengkel Ajar Anak Bercakap II

Alhamdulillah, pada hari Sabtu baru-baru ini mama n kawan-kawan di hospital telah berjaya menganjurkan kursus separuh hari. Tajuk kursus tersebut adalah BENGKEL AJAR ANAK BERCAKAP

Ramai pengasuh dan guru tadika yang hadir. Terdapat juga sebilangan kecil ibubapa yg turut hadir untuk mempertajamkankan teknik merangsang bahasa anak masing-masing. Tajuk yang telah kami kongsikan adalah Perkembangan Bahasa-Pertuturan kanak-kanak 0-6 tahun dan Teknik Rangsangan Bahasa di Rumah.

Cuba teka apa teknik yang digunakan dalam video ini?


Sudah dapat kenal pasti?



Betul! 

Jawapannya adalah PENGULANGAN/ REPETITION... Mama mengulang perkataan 'Umar.. ulang secara natural dalam perbualan... Ulang dengan menambah perkataan :)

Sekian perkongsian hari ini

Lots of luv,
Mama Maryam

Tuesday 5 May 2015

Bengkel Rangsangan Bahasa Kanak-kanak

Assalamualaikum,

Tadaaaaa.... hihihi..



insyaAllah mama akan bersama di bengkel di atas :). Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pn Izanaa seperti nombor di atas ye...

Lots of luv,

Mama Maryam

Sunday 12 April 2015

Ajar Anak Bercakap: Saya Tiada Masa

Zaman ibubapa dengan anak kecil sekarang ini berbeza dengan zaman ketika atuk-nenek mereka dahulu mempunyai anak kecil ;).. agak jarang kita berjumpa dengan ibunya tidak bekerja sementelahan cabaran dan tuntutan duniawi yg perlu diselesaikan..

Tidak selalu kita 'working parents' mempunyai masa dengan anak kita.. dalam banyak-banyak masa yang ada pun, perlu juga dipenuhi tuntutan mengemas rumah serta menyedia makanan.. Akhirnya tanpa kita sedar, masa berkualiti anak kita tu hanya sedikit yang kita berjaya 'curi'..

Antara masa yang kita dan mereka, masa makan, masa mandi, masa tidur.. bagaimana kita boleh memanfaatkan masa ini? Gunakan ketida-tiga masa ini sepenuhnya untuk merangsang perkembangan bahasa mereka.. Carilah speech-therapist yg 'family-centered' untuk belajar lebih mengenai merangsang perkembangan bahasa dalam sela-sela masa yang kita ada.. :)


Lots of luv,

Mama Maryam

Thursday 9 April 2015

Didik Anak: Memberi Ganjaran

Ini cerita lama, beberapa bulan yang lepas.
Cuti sekolah yang lepas, iaitu bulan Disember 2014..mama telah buat satu MoU dengan abang Solah.... MoU Kasut Bola, dia dah lama mengidam kasut bola :)

dan Alhamdulillah dia berjaya completekan task dia pada bulan Mac 2015 dan menerima kasut bola sebagai ganjarannya...


Salah satu cara yg baik untuk kita mendidik anak kita adalah dengan memberi ganjaran. Ganjaran yg 'tangible' and 'achievable' penting dan perlu digunakan lebih banyak berbanding punishment.

Mengambil ibrah dari panduan manusia hidup di muka bumi ini, manusia diberi pilihan 'syurga' dan 'neraka'.. Naaah, syurga itukan ganjaran yg paling best! :)

Lots of luv,
MamaMaryam

Friday 23 January 2015

Bila Dah Mula Kerja...

Bila dah mula kerja.. rutin pergi bekerja, mengurus anak dan rumah serta berprogram silih berganti.. sampai tiada upaya meneruskan catatan ini tanpa dipaksa.

Ya, harus dipaksa keluar dari comfort zone. Presentation untuk CME Department menanti, paperwork program bina diri, tingkat amal tak mula lagi.. belum paperwork presentation projek MEGA Lakeside Littleschool Learning Centre ;),  projek It Takes Two Talk turut menunggu.. Ya Allah...

Nantikan It Takes Two Talk ya.. khusus untuk ibubapa kepada anak-anak yg perkembangan pertuturan-bahasanya lambat.. insyaAllah


Lots of luv,
Mama Maryam